Saturday, April 30, 2016

Latar Belakang PEMBINA UMSKAL

PEMBINA atau nama penuhnya Persatuan Belia Islam Nasional ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 atas inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai salah satu agensi rasmi yang menfokuskan kepada belia di Malaysia. Idea penubuhan PEMBINA adalah daripada Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mahu melihat PEMBINA dapat beramal dalam medan belia dengan gaya yang tersendiri tanpa terikut dengan gerak kerja ISMA.Pada tahun tersebut juga PEMBINA telah berdaftar secara rasmi DENGAN Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
Sebelum ini, PEMBINA lebih dikenali sebagai Biro Belia ISMA yang bernaung secara langsung di bawah ISMA yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Ismail. Satu jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Dr Kamil Azmi Tohiran telah dibentuk bagi merasmikan pendaftaran PEMBINA di bawah ROS. Sebagai salah sebuah NGO yang berdaftar, PEMBINA mempunyai perlembagaan tersendiri yang telah diluluskan dan tertakluk ke atas segala peraturan ROS. Pada saat ini, PEMBINA telah wujud sebagai sebuah entiti sendiri yang berbeza dengan ISMA dari sudut pengurusan dan hala tuju. PEMBINA mempunyai fokus tersendiri dalam agenda dan kerangka gerak kerjanya membina dan menyeru belia kepada cara hidup Islami.
PEMBINA UMS-Kampus Antarabangsa Labuan (PEMBINA UMSKAL) telah ditubuhkan pada 16 DIsember 2015. Diasaskan oleh Idrus Bin Mat Jisin. Saudara Idrus Bin Mat Jisin ialah pengarah bagi PEMBINA cawangan UMSKAL. Beliau juga merupakan pengasas dan penggerak yang pertama di UMSKAL. Saudara Idrus ialah merupakan pelajar tahun tiga dalam jurusan Kewangan Islam (HE23). Beliau banyak memberikan tunjuk ajar mengenai selok-belok cara menguruskan organisasi / tanzim. Tanzim ini terdiri daripada Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Penggerak Tanzim. Majlis Tertinggi terdiri daripada pengarah,timbalan pengarah, bendahari dan setiausaha. Manakala bagi Jawatankuasa Penggerak Tanzim pula diwakili oleh ikhwah dan akhwat.
Antara aktiviti yang wajib dlakukan setiap minggu adalah seperti Quranic Circle, Kuliah Selasa dan Mabit (Malam bina iman dan takwa). Semua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan jatidiri dan kekuatan iman bagi setiap ahli. Quranic Circle pula merupakan satu cara untuk memantapkan bacaan al-Quran dari segi tajwid dan 'makhraj'. Selain dari itu, Quramic Circle juga ada mengadakan sesi mentadabbur al-Quran selepas habis bacaan masing-masing.
Setakat ini sahaja saya kira sebagai pengenalan kepada PEMBINA UMSKAL. In sha Allah, semoga kita bersua lagi di halaman yang akan datang. Kita tangguh majlis ini dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.