Friday, November 11, 2016

muayasyah


Selain faedah-faedah dan sifat yang boleh kita capai menerusi mu’ayasyah yang kita sebutkan diatas tadi, kita juga sangat perlu kepada beberapa perkara berikut:-

✅ Memperdalamkan ta’aruf
 –ia merupakan pintu masuk yang sangat luas kepada perasaan kasih sayang dan juga ukhuwwah. Dengan ta’aruf ini dibuka peluang untuk membuka seluruh pintu-pintu kasih sayang di jalan Allah.

✅Memperdalamkan ikatan-ikatan ukhuwwah dan merealisasikan rukun Bai’ah yang ke sembilan.

✅ Mewujudkan dataran yang luas dalam fikiran bersama sekalipun tidak sampai kepada penyatuan dan keserasian.

✅ Mendapatkan kemampuan menjaga anggota dengan menjauhkan perkara-perkara yang tidak diredhai atau yang boleh memburukkan orang lain.

✅ Memperdalamkan kethiqahan antara qiyadah dan jundiyah dan juga sebaliknya sebagai merealisasikan rukun Bai’ah yang kesepuluh.

✅ Menghilangkan rasa takut atau sekatan dalam memberikan pandangan dalam apa sahaja perkara, kerana ia seringkali membawa kesan yang negatif.

✅Semua yang dicatatkan diatas itu adalah merupakan faktor-faktor yang boleh membina dan memperkuatkan  wala’ seseorang. Dalam realiti tarbiyahnya, kita hendaklah mempastikan setiap anggota yang bersama-sama dengan kita melalui tempoh “takwim”. Iaitu satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan meletakkan asas dan persediaan kepada anggota untuk setelah itu mereka menjadi pendokong obor-obor hidayah, pimpinan dan juga penanggungjawab.

kelebihan dan sedikit kupasan tentang Ar Rahman

Surat Ar Rahman merupakan surat ke 55 dalam Al Quran. Surat ini adalah salah satu surat yang menjadi favorit banyak orang. Selain indah dan nyaman untuk dibaca surat Ar Rahman mengandung arti dan makna yang begitu luar biasa.

Surat ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Dan dalam surat Ar Rahman, Allah mengingatkan hal itu berulang-ulang dalam beberapa ayat dengan teks yang berulang-ulang.

Diantara keajaiban yang luar biasa dalam Al Qur’an, khususnya dalam Surat Ar Rahman adalah ayat yang berbunyi fa biayyi aalaa-I robbikumaa tikadz-dzibaan”. Artinya “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”

Ayat ini disebut dalam Surat Ar Rahman sebanyak 31 kali. Diantaranya mengiringi ayat-ayat yang menggambarkan keagungan dan kekuasaan Allah SWT. Juga ayat-ayat yang menunjukkan tentang peringatan dan ancaman kepada siapapun yang ingkar dan dusta terhadap ayat-ayat sebelumnya.

Ada beberapa keutamaan yang luar biasa bisa kamu dapatkan ketika bisa rutin membaca Surat Ar Rahman. 

#arrahman
#quraniccircle
#menerajuarusmahasiswa
#PEMBINAUMSKAL

Friday, September 30, 2016

Aku dan Pembina

Tiada kata yg mmpu terucap ,hnya bait kata Alhamdulillah yg tidak terhingga sejak mnjejakkan kaki ke Umskal ,tempat dimna Pembina belum wujud pd saat itu .Teringat kata naqibah  kpd ku sblm ny yg lbih suka digelar umi,"di labuan xda pembina lgi " aku terkedu ,trfikir saat itu jgk ,mcm mna nak join klau blm wujud pun. Umi pun pesan"dina lah yg kena buka pembina d sna" skli lagi aq terkedu+ terkejut. Ya Allah dlm hati ku berbisik mcm mna ni mw tubuhkn satu persatuan yg bgitu besar tnggungjwbnya.  Namun pesanan umi skli lagi mmbuatku yakin akan adanya pertolongan dariNya. "Ingat dina , jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita" . Subhanallah kata2 itu mmbuatku smkin yakin dan alhamdulillah wujudnya Pembina umskal atas kudratNya dan juga usaha srta kesungguhan dr shbat2 yg lain. Pembina mrupakan suatu persatuan yg Tarbiyah yg sgt menitikberatkn stiap aspek individu itu sndri bkn shaja dr aspek rohani, malahan mental dn jg fizikal. InshaAllah, utk mnjdi sorg mnusia yg brmanfaat utk org lain jdi lah spt biji benih yg terdampar d ssbuah pantai,namun ianya hidup subur dan berkembang dgn baik. InshaAllah,smoga pembina Umskal trus brkembang dn aktif pd msa2 yg akn dtg.

Wallahua'lam

#kempenmesrapembina
#sharingiscaring
#pembinaumskal


Sunday, May 29, 2016

Couple, Love in Islam

Usrah Perdana
Topik: Couple. Love in Islam

Apa itu couple?
Apa yang dimaksudkan Love in Islam?

Kita Couple ini untuk apa?
Kita ni couple untuk habiskan masa ke? chat sana whatapps itu ini.


Seperti Prof Dr Muhaya kata" couple ni pusing2 dalam bulatan hamster tu". Tak sampai ke mana pun.

Kita bila sampai umur, dah dewasa, sudah kenal apa itu Islam, dan sudah kukuh ekonomi diri kita mesti meneruskan perjalanan hidup kita sebagai seorang muslim.

Kalau kita couple pun, tidak memberi jaminan apa-apa pada kita. Couple yang tidak ke arah perkahwinan adalah sia-sia.

Bagi wanita, jika seorang lelaki baru kenal kita dan dalam masa sebulan tidak pernah sebut "Oh saya nak kahwin dengan awak", "Saya jumpa keluarga, mak ayah awak" ..  Maka sedarlah wahai wanita itu sebenarnya merugikan masa.

Ingat, bila kita sudah memilih pasangan hidup mesti ke arah perkahwinan dan sepatutnya kita persiapkan diri dan betulkan akidah, tentukan ibadah, solat biar berkualiti bukan kuantiti semata-mata serta perbetulkan akhlak kita.

Formula; AIA
Akidah
Ibadah
Amalan.

Cuba lengkapkan dan mantapkan.Maka solusinya, jauhi dan jangan dekat zina kerana dengan MENDEKATI pun Allah larang dan tekankan disitu.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tetapi selagi mana AIA ini tak cukup, Jangan sibuk nak couple !

Sebab kita takut tengah couple, KITA MATI DALAM KEMURKAAN ALLAH.

Sunday, May 8, 2016

Solat Istikharah

MABIT
7/5/2016
Tazkirah isya'

Title : The Importance of Istikharah.

Maksud : Memohon atau meminta yang terbaik. Ia dilakukan apabila seseorang itu tidak pasti dalam memutuskan sesuatu prkara sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya.

Istikharah bererti meminta pertolongan Allah utk memilih bbrapa kemungkinan dan kemungkinan itu adalah harus dari segi hukum syarak.

Dalil : Drpd Jabir RA, beliau berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yg maksudnya : " Apabila ada daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu, hendaklah dia rukuk dgn dua rukuk (mengerjakan solat dua rakaat), selain solat yg fardhu (mengerjakan solat dua rakaat dgn niat istikharah). " - Riwayat Al-bukhari.

Perlu diingat bahawa istikharah ini haram dilakukan utk perkara yg sudah jelas hukumnya. Iaitu terdiri drpd empat perkara. Empat perkara itu adalah wajib, sunat, haram & makruh.

Dalil : Dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar al-asqalani : "Ibn Jamrah berkata : 'Sesungguhnya, prkara wajib & sunat tidak perlu dilakukan istikharah utk melakukannya. Prkara haram & makruh juga tidak perlu istikharah utk meninggalkannya. Solat istikharah hanya khusus kpd prkara yg harus shj.'"

Kepentingan : Org beriman jrg dilanda waswas & kekeliruan dlm hidupnya. Namun apabila berdepan dgn dua atau lebih prkara yg sgt sukar dibezakan, maka barulah harus dilakukan istikharah. Istikharah dilakukan khusus utk perkara2 yg sgt khusus & personal sifatnya.

Sungguh pon begitu, ulama juga menggalakkan istikharah dilakukan bukan hnya utk perkara yg sukar utk mmbuat keputusan. Tetapi juga setiap kali hati tergerak utk melakukannya sbg tanda kita berharap kpd Allah.

Sbg pelajar, istikharah juga penting tatkala ingin menghadapi peperiksaan. Ini supaya para pelajar dpt mnjawab dgn jawapan yg diyakini betul dan tepat & menghilangkan keraguan dlm klgn pelajar ketika mnjawab soalan.

Wallahualam...

Saturday, April 30, 2016

Latar Belakang PEMBINA UMSKAL

PEMBINA atau nama penuhnya Persatuan Belia Islam Nasional ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 atas inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai salah satu agensi rasmi yang menfokuskan kepada belia di Malaysia. Idea penubuhan PEMBINA adalah daripada Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mahu melihat PEMBINA dapat beramal dalam medan belia dengan gaya yang tersendiri tanpa terikut dengan gerak kerja ISMA.Pada tahun tersebut juga PEMBINA telah berdaftar secara rasmi DENGAN Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
Sebelum ini, PEMBINA lebih dikenali sebagai Biro Belia ISMA yang bernaung secara langsung di bawah ISMA yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Ismail. Satu jawatankuasa pelaksana yang diketuai oleh Dr Kamil Azmi Tohiran telah dibentuk bagi merasmikan pendaftaran PEMBINA di bawah ROS. Sebagai salah sebuah NGO yang berdaftar, PEMBINA mempunyai perlembagaan tersendiri yang telah diluluskan dan tertakluk ke atas segala peraturan ROS. Pada saat ini, PEMBINA telah wujud sebagai sebuah entiti sendiri yang berbeza dengan ISMA dari sudut pengurusan dan hala tuju. PEMBINA mempunyai fokus tersendiri dalam agenda dan kerangka gerak kerjanya membina dan menyeru belia kepada cara hidup Islami.
PEMBINA UMS-Kampus Antarabangsa Labuan (PEMBINA UMSKAL) telah ditubuhkan pada 16 DIsember 2015. Diasaskan oleh Idrus Bin Mat Jisin. Saudara Idrus Bin Mat Jisin ialah pengarah bagi PEMBINA cawangan UMSKAL. Beliau juga merupakan pengasas dan penggerak yang pertama di UMSKAL. Saudara Idrus ialah merupakan pelajar tahun tiga dalam jurusan Kewangan Islam (HE23). Beliau banyak memberikan tunjuk ajar mengenai selok-belok cara menguruskan organisasi / tanzim. Tanzim ini terdiri daripada Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Penggerak Tanzim. Majlis Tertinggi terdiri daripada pengarah,timbalan pengarah, bendahari dan setiausaha. Manakala bagi Jawatankuasa Penggerak Tanzim pula diwakili oleh ikhwah dan akhwat.
Antara aktiviti yang wajib dlakukan setiap minggu adalah seperti Quranic Circle, Kuliah Selasa dan Mabit (Malam bina iman dan takwa). Semua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan jatidiri dan kekuatan iman bagi setiap ahli. Quranic Circle pula merupakan satu cara untuk memantapkan bacaan al-Quran dari segi tajwid dan 'makhraj'. Selain dari itu, Quramic Circle juga ada mengadakan sesi mentadabbur al-Quran selepas habis bacaan masing-masing.
Setakat ini sahaja saya kira sebagai pengenalan kepada PEMBINA UMSKAL. In sha Allah, semoga kita bersua lagi di halaman yang akan datang. Kita tangguh majlis ini dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.