Sunday, May 8, 2016

Solat Istikharah

MABIT
7/5/2016
Tazkirah isya'

Title : The Importance of Istikharah.

Maksud : Memohon atau meminta yang terbaik. Ia dilakukan apabila seseorang itu tidak pasti dalam memutuskan sesuatu prkara sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya.

Istikharah bererti meminta pertolongan Allah utk memilih bbrapa kemungkinan dan kemungkinan itu adalah harus dari segi hukum syarak.

Dalil : Drpd Jabir RA, beliau berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yg maksudnya : " Apabila ada daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu, hendaklah dia rukuk dgn dua rukuk (mengerjakan solat dua rakaat), selain solat yg fardhu (mengerjakan solat dua rakaat dgn niat istikharah). " - Riwayat Al-bukhari.

Perlu diingat bahawa istikharah ini haram dilakukan utk perkara yg sudah jelas hukumnya. Iaitu terdiri drpd empat perkara. Empat perkara itu adalah wajib, sunat, haram & makruh.

Dalil : Dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar al-asqalani : "Ibn Jamrah berkata : 'Sesungguhnya, prkara wajib & sunat tidak perlu dilakukan istikharah utk melakukannya. Prkara haram & makruh juga tidak perlu istikharah utk meninggalkannya. Solat istikharah hanya khusus kpd prkara yg harus shj.'"

Kepentingan : Org beriman jrg dilanda waswas & kekeliruan dlm hidupnya. Namun apabila berdepan dgn dua atau lebih prkara yg sgt sukar dibezakan, maka barulah harus dilakukan istikharah. Istikharah dilakukan khusus utk perkara2 yg sgt khusus & personal sifatnya.

Sungguh pon begitu, ulama juga menggalakkan istikharah dilakukan bukan hnya utk perkara yg sukar utk mmbuat keputusan. Tetapi juga setiap kali hati tergerak utk melakukannya sbg tanda kita berharap kpd Allah.

Sbg pelajar, istikharah juga penting tatkala ingin menghadapi peperiksaan. Ini supaya para pelajar dpt mnjawab dgn jawapan yg diyakini betul dan tepat & menghilangkan keraguan dlm klgn pelajar ketika mnjawab soalan.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment