Sunday, May 29, 2016

Couple, Love in Islam

Usrah Perdana
Topik: Couple. Love in Islam

Apa itu couple?
Apa yang dimaksudkan Love in Islam?

Kita Couple ini untuk apa?
Kita ni couple untuk habiskan masa ke? chat sana whatapps itu ini.


Seperti Prof Dr Muhaya kata" couple ni pusing2 dalam bulatan hamster tu". Tak sampai ke mana pun.

Kita bila sampai umur, dah dewasa, sudah kenal apa itu Islam, dan sudah kukuh ekonomi diri kita mesti meneruskan perjalanan hidup kita sebagai seorang muslim.

Kalau kita couple pun, tidak memberi jaminan apa-apa pada kita. Couple yang tidak ke arah perkahwinan adalah sia-sia.

Bagi wanita, jika seorang lelaki baru kenal kita dan dalam masa sebulan tidak pernah sebut "Oh saya nak kahwin dengan awak", "Saya jumpa keluarga, mak ayah awak" ..  Maka sedarlah wahai wanita itu sebenarnya merugikan masa.

Ingat, bila kita sudah memilih pasangan hidup mesti ke arah perkahwinan dan sepatutnya kita persiapkan diri dan betulkan akidah, tentukan ibadah, solat biar berkualiti bukan kuantiti semata-mata serta perbetulkan akhlak kita.

Formula; AIA
Akidah
Ibadah
Amalan.

Cuba lengkapkan dan mantapkan.Maka solusinya, jauhi dan jangan dekat zina kerana dengan MENDEKATI pun Allah larang dan tekankan disitu.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tetapi selagi mana AIA ini tak cukup, Jangan sibuk nak couple !

Sebab kita takut tengah couple, KITA MATI DALAM KEMURKAAN ALLAH.

No comments:

Post a Comment