Quranic Circle 1.0 | 28 Mac
2017- Masjid Al Hikmah, UMSKAL.
Al
fatihah adalah surah yang sering dibaca setiap kali kita mendirikan solat. Al
fatihah juga boleh dijadikan sebagai doa serta zikir seharian.
1.
Dimulakan dengan periksa bacaan “Bismillahhirahman
nirrahim”
Nampak
simple? Sebenarnya bacaan “ha” dalamnya mestilah berbunyi seperti dalam keadaan
mulut yang pedas atau dalam Bahasa yang mudah difahami dengan “ha” pedas. Baru
betul. Ha dalam “Bismillahhirahman nirrahim” bukannya dibaca hanya baca dalam keadaan yang
simple tapi mesti betul dalam sebutan makhraj yang betul.
2.
Fahami ayat 2
“Segala
puji-pujian terpulang kepada Allah yang memelihara semesta alam”(2)
Jika
dilihat pengertian ayat di belakang, “Allah yang memelihara semesta alam” yang
mengambarkan sanjungan dan kepujian perasaan seseorang Mu’min yang terharu terhadap erti “Rabb” itu. Ia menunjukkan rabb
ialah memelihara, pentadbir, penguasa segala bentuk urusan di muka bumi ini
terhadap seluruh makhlukNya. Ia juga menunjuk betapa banyaknya alam yang Allah
cipta dan Allah jaga dengan rapinya kerana Allah tahu atas sebab-sebab yang
diciptakan Nya. MasyaAllah hebat bukan?
3.
Fahami ayat (3)
“Yang
Maha Penyayang dan Maha Pengasih” (3).
Maha
Penyayang dan Maha Pengasih jika dilihat mungkin maksudnya sama. Tapi jika
dihayati makna kedua-dua sifat ini ia agak berbeza. Maha Penyayang ini mudah analoginya Allah turunkan hujan tak kira
tempat samada tempat itu didiami oleh muslim mahupun bukan muslim. Allah tetap
turunkan hujan. Ia jelas menunjukkan Allah sayangkan seluruh hambanya. Maha Pengasih ini lebih Allah
menghantar segala bentuk ujian yang sesuai dengan kemampuan hambaNya.
4.
Fahami ayat (4)
“Tuhan
yang menguasi Hari Pembalasan”
Ayat
(4) ini menunjukkan jelas wujudnya Hari Pembalasan atau dikenali Hari Kiamat.
Hari Pembalasan ini adalah tanda ukur nilai kepercayaan daripada sudit hati dan
pandangan kita sebagai hamba Allah pada sebuah alam yang lain setelah tamatnya
alam bumi. Jika Hari Pembalasan tidak wujud dalam kepercayaan hati dan
pandangan manusia, nescaya mereka akan melakukan perkara itu lebih kepada
mengejar dunia semata-mata dan tidak melakukan perkara tersebut kerana Allah.
5.
Fahami ayat (5)
“Hanya
Engkau sahaja Tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahaja kami pohon
pertolongan” (5).
Sebagai
seorang muslim kita hanya perlu menyembah Allah yang satu, Jika diperhatikan
betul-betul, kenapa dalam ayat 5 ada disebutkan kata ganti nama sebagai kami.
Ini kerana surah ini selalu dibaca dalam solat berjemaah.
6.
Fahami ayat (6)
“Tunjukkan
kami jalan yang lurus” (6)
Jalan
yang lurus dimaksudkan adalah jalan yang dihasilkan hidayah, jalan yang
terpelihara oleh Allah dan rahmat Allah. Jika sering kita berdoa kepada Allah,
ia juga adalah hasil daripada kepercayaan bahwa Allah adalah satu-satunya
tempat hambaNya memohon pertolongan. Seterusnya, hidayah itu sesungguhnya milik
Allah SWT.
7.
Fahami ayat (7)
“iaitu
jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada ke atas mereka, bukan
jalan yang orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang
sesat” (7)
Murkai
adalah perkataan yang menekankan bahawa yang Allah betul-betul marah dan minta
menyimpang daripada Allah supaya kita tidak tergolong daripada orang-orang yang
di jalan sesat.