Wednesday, April 5, 2017

Kenali Al-Fatihah

Quranic Circle 1.0 | 28 Mac 2017- Masjid Al Hikmah, UMSKAL.

Al fatihah adalah surah yang sering dibaca setiap kali kita mendirikan solat. Al fatihah juga boleh dijadikan sebagai doa serta zikir seharian.

1. Dimulakan dengan periksa bacaan “Bismillahhirahman nirrahim”
Nampak simple? Sebenarnya bacaan “ha” dalamnya mestilah berbunyi seperti dalam keadaan mulut yang pedas atau dalam Bahasa yang mudah difahami dengan “ha” pedas. Baru betul. Ha dalam “Bismillahhirahman nirrahim”  bukannya dibaca hanya baca dalam keadaan yang simple tapi mesti betul dalam sebutan makhraj yang betul.

2. Fahami ayat 2
“Segala puji-pujian terpulang kepada Allah yang memelihara semesta alam”(2)
Jika dilihat pengertian ayat di belakang, “Allah yang memelihara semesta alam” yang mengambarkan sanjungan dan kepujian perasaan seseorang Mu’min yang terharu  terhadap erti “Rabb” itu. Ia menunjukkan rabb ialah memelihara, pentadbir, penguasa segala bentuk urusan di muka bumi ini terhadap seluruh makhlukNya. Ia juga menunjuk betapa banyaknya alam yang Allah cipta dan Allah jaga dengan rapinya kerana Allah tahu atas sebab-sebab yang diciptakan Nya. MasyaAllah hebat bukan?

3. Fahami ayat (3)
“Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih” (3).
Maha Penyayang dan Maha Pengasih jika dilihat mungkin maksudnya sama. Tapi jika dihayati makna kedua-dua sifat ini ia agak berbeza. Maha Penyayang ini mudah analoginya Allah turunkan hujan tak kira tempat samada tempat itu didiami oleh muslim mahupun bukan muslim. Allah tetap turunkan hujan. Ia jelas menunjukkan Allah sayangkan seluruh hambanya. Maha Pengasih ini lebih Allah menghantar segala bentuk ujian yang sesuai dengan kemampuan hambaNya.

4. Fahami ayat (4)
“Tuhan yang menguasi Hari Pembalasan”
Ayat (4) ini menunjukkan jelas wujudnya Hari Pembalasan atau dikenali Hari Kiamat. Hari Pembalasan ini adalah tanda ukur nilai kepercayaan daripada sudit hati dan pandangan kita sebagai hamba Allah pada sebuah alam yang lain setelah tamatnya alam bumi. Jika Hari Pembalasan tidak wujud dalam kepercayaan hati dan pandangan manusia, nescaya mereka akan melakukan perkara itu lebih kepada mengejar dunia semata-mata dan tidak melakukan perkara tersebut kerana Allah.

5. Fahami ayat (5)
“Hanya Engkau sahaja Tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan” (5).
Sebagai seorang muslim kita hanya perlu menyembah Allah yang satu, Jika diperhatikan betul-betul, kenapa dalam ayat 5 ada disebutkan kata ganti nama sebagai kami. Ini kerana surah ini selalu dibaca dalam solat berjemaah.

6. Fahami ayat (6)
“Tunjukkan kami jalan yang lurus” (6)
Jalan yang lurus dimaksudkan adalah jalan yang dihasilkan hidayah, jalan yang terpelihara oleh Allah dan rahmat Allah. Jika sering kita berdoa kepada Allah, ia juga adalah hasil daripada kepercayaan bahwa Allah adalah satu-satunya tempat hambaNya memohon pertolongan. Seterusnya, hidayah itu sesungguhnya milik Allah SWT.

7. Fahami ayat (7)
“iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada ke atas mereka, bukan jalan yang orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat” (7)

Murkai adalah perkataan yang menekankan bahawa yang Allah betul-betul marah dan minta menyimpang daripada Allah supaya kita tidak tergolong daripada orang-orang yang di jalan sesat. 

No comments:

Post a Comment