Friday, November 11, 2016

muayasyah


Selain faedah-faedah dan sifat yang boleh kita capai menerusi mu’ayasyah yang kita sebutkan diatas tadi, kita juga sangat perlu kepada beberapa perkara berikut:-

✅ Memperdalamkan ta’aruf
 –ia merupakan pintu masuk yang sangat luas kepada perasaan kasih sayang dan juga ukhuwwah. Dengan ta’aruf ini dibuka peluang untuk membuka seluruh pintu-pintu kasih sayang di jalan Allah.

✅Memperdalamkan ikatan-ikatan ukhuwwah dan merealisasikan rukun Bai’ah yang ke sembilan.

✅ Mewujudkan dataran yang luas dalam fikiran bersama sekalipun tidak sampai kepada penyatuan dan keserasian.

✅ Mendapatkan kemampuan menjaga anggota dengan menjauhkan perkara-perkara yang tidak diredhai atau yang boleh memburukkan orang lain.

✅ Memperdalamkan kethiqahan antara qiyadah dan jundiyah dan juga sebaliknya sebagai merealisasikan rukun Bai’ah yang kesepuluh.

✅ Menghilangkan rasa takut atau sekatan dalam memberikan pandangan dalam apa sahaja perkara, kerana ia seringkali membawa kesan yang negatif.

✅Semua yang dicatatkan diatas itu adalah merupakan faktor-faktor yang boleh membina dan memperkuatkan  wala’ seseorang. Dalam realiti tarbiyahnya, kita hendaklah mempastikan setiap anggota yang bersama-sama dengan kita melalui tempoh “takwim”. Iaitu satu marhalah yang sangat penting dalam kehidupan meletakkan asas dan persediaan kepada anggota untuk setelah itu mereka menjadi pendokong obor-obor hidayah, pimpinan dan juga penanggungjawab.

No comments:

Post a Comment